PUISI UNTUK
SEORANG INSAN BERNAMA PENDIDIK!!!
Bila baca dan hayati puisi ni, rasa diri yg kerdil ni
dihargai dan dalam x sedar tinggi martabat kita sebagai seorang guru. So jom
hayati sama2 puisi ni…TERUSKAN PERJUANGAN X BERPENGHUJUNG KITA SEBAGAI SEORANG
PENDIDIK…………
GURU OH GURU!
(Oleh: Usman Awang)
Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara
Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka
Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang
guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .
0 comments :
Post a Comment